Friday, January 09, 2004

Neon



Note: My first post in Bahasa Malaysia. Updated on 12 Jan 2004.
------

Malam tadi aku tengok cerita ‘Neon’. Ala, vcd movie yang feature sampai 66 orang artis popular as pelakon tambahan tu lah (sampai masuk Malaysia Book of Records!). Ni SM punya pasallah ni, bagi review baik bukan main lagi. Kalau tak 'konfrem' aku tak heran dgn cerita tu. Ntah, sekarang aku lebih 'yakin' dengan reviews di weblog berbanding yang aku baca di akhbar atau majalah. Bloggers menulis tanpa bayaran (yang aku tau setakat ni seorang blogger di Malaysia ni yang mana menulis di blog kemudian ‘diiktiraf’ secara komersial ). Anyway 'yakin' tu sebab pada aku, buat tanpa bayaran maka lebih ikhlas la kut, lebih peribadi, bukan sebab nak puaskan hati orang lain. Heh… aku rasa fikir macam tu lah. (Mak aku cukup marah bila orang sebut “Saya rasa…”. Dia kata macam nilah Melayu, asyik main rasa-rasa je. Fikir la, jangan rasa aje!” Dia kata lagi rasa tu untuk makanan boleh, tapi untuk pendapat, fikir, bukan rasa.)

Sibuk sikit sekarang ni (Iya ke?). Sebenarnya aku dah beli vcd tu dua-tiga hari lepas lagi, tapi semalam baru berjaya nak tengok. Aku tengok cd pertama pun tak habis. Hehe. Separuh jalan, dah masuk tidur. Eh, tapi korang jangan la ingat sebab cerita dia tak best. Silap la. Sebenarnya nak tengok sampai habis, tapi sebab memikirkan esok nak kena pegi kerja; dan


IF
a = tengok vcd sampai habis
b = pergi kerja
c = tidur awal


and considering that: b = c; and a=-c,

therefore
IF a is TRUE,

then
tengok vcd sampai habis = -pegi kerja


maka terpaksalah aku hentikan sesi tayangan perdana Neon malam tadi bila tiba part watak utama masuk lokap.

Nak review cerita tu, aku bukan 'ahlil' macam SM, Nizam, Fairul atau Spiral. Jadi ini lebih kepada pandangan (bukan rasa!) peribadi aku. Memang Neon sangat menarik untuk ditonton (walaupun aku baru menonton tak sampai separuh). Taktik menggunakan khidmat artis popular sebagai pelakon tambahan sangat baik, membuatkan penonton akan tumpukan sepenuh perhatian pada setiap watak walaupun hanya pelayan / orang pengutip tin kosong / mamak kedai, watak-watak yang kalau dalam movie Melayu biasanya jadi tempelan dan langsung takde significance terhadap jalan cerita kecuali nak buat lawak slapstick kadang-kadang (kalau tak ada pun tak apa). Tapi dalam Neon, dari setiap watak-watak kecilan itulah maka timbul kekuatan jalan ceritanya, jiwanya, dan nilai komersialnya. Terbalik, mereka yang popular jadi pelakon tambahan sahaja, sedangkan watak utama dilakonkan oleh seorang yang virtually 'unknown'.

Kalau dah best, apa yang aku carik? The skeptic in me, bila orang kata sangat best, aku cari flaws; kalau orang kata tak best, aku cari yang bestnya kat mana. And aku selalu cuba perhati part macam mula-mula ada darah kat kolar baju, next scene dah takde, lepas tu ada balik pulak. Dalam Neon, ada beberapa perkara (kecil) yang kurang logik sikit pada aku, seperti tindakan Hafiz berjalan merayau-rayau (padahal bukan asalnya dia naik kereta ke?), tapi aku counter balik (pada diri sendiri) dengan situation dia yang dalam depression tu, erm, dari pengalaman aku, bila orang depressed, perkara yang dia tak pernah buat atau tak logik dibuat, dia boleh buat. Rashidi Ishak pun cepat sangat isi minyak kereta, tak sempat pun Vanida nak masuk dalam kereta balik dah habis isi dah, aik, berapa ringgit Vanida bayar kat kaunter tu? Jauh sangat ke kaunter ke? Tak perasan pulak. Nanti aku kena tengok balik cerita ni dari mula.

Aku teringat satu movie yang pernah aku tonton di Astro, Twenty Bucks (arahan Keva Rosenfield, lakonan Linda Hunt, Brendan Frasier, Elisabeth Shue, dan Steve Buscemi) tentang sekeping not 20 dolar Amerika. 'Watak' utama cerita tu hanyalah sekeping kertas yang bercetak potret Andrew Jackson di atasnya. Di sini watak-watak pelbagai manusia yang 'menjumpai' not tersebut yang menjadi kekuatan ceritanya. Dari satu tangan ke tangan yang lain, macam-macam yang jadi. Dan akhirnya, watak-watak tu menemui penyelesaian permasalahan mereka secara langsung atau tidak langsung dengan sekeping not tadi dan endingnya bersangkut paut (sikit-sikit macam ending impromptu sketch dalam Actorlympics, mula-mula semuanya cerita masing-masing, last sekali disimpulkan jadi satu cerita). Aku teringat cerita Twenty Bucks tu sebab persamaan dari segi satu watak utama yang bertemu pelbagai watak lain, tapi bezanya di sini dalam Neon watak utama yang bermasalah, dalam cerita tu watak-watak lain yang bermasalah. Tak sabar rasanya nak tengok ending Neon.

Hehe, tengok pun belum habis, nak buat review konon. Bukan lah, kan aku dah cakap, pendapat peribadi.

Baca satu lagi ulasan Neon oleh blogger Malaysia di sini (tengok post 6 Januari 2004, permalink tak jumpa).
------------------------------

10.44 p.m.:
Conquered the TV set from 9 p.m. (and nobody, I mean NOBODY mess with me now!). Watched the movie again from start to end. He lost his car la.. no wonder he was walking around.. *piak*piak* (self, hitting forehead). And I think Vanida paid RM50. The bloodstains on his hand.. er.. after the minyak urut, it's still there? Anyhow, it was a great watch. Everybody laughed their heads off during the scene where Apek Senario was trying to sell just about anything under the sun from his jacket. And Abby as the crazy lady at the bus top - simply, unthinkably fabulous acting. Ever fancied watching Abby making a dig at the goldmines? Btw, the ending, all went well for the main character. Almost Utopian, sorta.

No comments: