(Thanks Aliya for thinking about me, and NZ for the invitation!)
Aku sungguh berbesar hati apabila menerima pelawaan dari Nizamzakaria untuk menghadiri sesi tayangan ‘rough cut’ filem terbaru Yasmin Ahmad (sutradara filem ‘Rabun’ dan iklan-iklan perayaan Petronas yang penuh nostalgia) di DBP semalam, inilah kali pertama aku berpeluang menonton filem versi sebegini. Menurut Nizam filem tersebut masih lagi dalam ‘working phase’, belum versi akhir yang akan dipertontonkan kepada umum (yang pastinya jika tidak banyak, akan sedikit berbeza setelah menjalani proses kerja-kerja penerbitan dan suntingan terakhir oleh team ‘Sepet’ sendiri serta jangan lupa, suntingan badan penapisan filem negara-ku yang terchinta. Oleh itu di sini aku mahu bercerita yang pro sahaja dulu tentang ‘Sepet’ kerana ia belum hasil yang muktamad lagi.
‘Sepet’ revolves around the relationship of two young people berbeza bangsa dan agama yang dilakonkan oleh mereka yang memang sebenarnya muda, bukannya pelakon lewat 20an atau awal 30an pretending they’ve just finished secondary school. Yes, it’s a love story but no, it’s not just a love story. Babak-babak kekeluargaan yang mesra (dan juga yang tidak berapa mesra), keeratan persahabatan (dan kegoyahannya), percintaan anak muda serta babak-babak lain tentang kehidupan yang digambarkan dalam filem ini penuh kejujuran dan realisme yang jarang aku jumpa dalam filem-filem tempatan. Banyak juxtaposition of contrasting images yang sebenarnya tidaklah terlalu pelik dalam kehidupan, tetapi tak jumpa di kaca tv atau layar perak tempatan. Aku cukup suka skrip filem ini, dialog yang diutarakan tidak ada baris-baris “Apakah kau merasa..” atau “Oh inilah kebenaran”. Banyak yang menggeletek hati (dan jantung dan paru-paru serta limpa aku) dalam perkara yang mereka tuturkan... unsur komedinya natural dan tidak dibuat-buat, jauh sekali slapstick. Juga hubungan mesra antara ibubapa Orked, ah, teringat aku mama dan abah di rumah!
Portrayal percintaan Orked (Sharifah Amani Syed Zainal, adik kepada pelakon Sharifah Aleya) dan Jason/Ah Loong (Ng Choo Seong) simple sahaja, pergi berjalan-jalan bersama, makan di restoran segera, bergambar aksi-aksi lucu di kedai foto, berhubung dengan telefon; gambarannya jujur dengan usia mereka. Tetapi perjalanannya tidak sebegitu mudah, ada kemelut dan noda hitam, diterpa masa lampau dan persekitaran yang menghalang.
Watak-watak sokongan dalam ‘Sepet’ turut mempunyai depth dan definitely not one-dimensional – sebagai contoh orang gaji yang tak macam orang gaji, suami isteri yang tetap bersama hanya kerana keadaan, mamat Cina penjual vcd haram yang pandai main piano serta mat salleh celup yang tak berapa pandai bahasa Inggeris. Yasmin Ahmad bijak menampilkan kisah-kisah mereka menerusi a few lines here and there dan imbasan-imbasan ringkas tanpa perlu banyak side-track dari kisah utama (yang lazim berlaku dalam filem tempatan, kisah sampingan dipaparkan berlebihan sampai hilang fokus). Cukup dengan tidbits yang diberi, aku menggunakan imaginasi dan pengalaman hidupku sendiri untuk cuba melihat bahawa Mak Yam, Lin, Maggie, Keong, Johari dan lain-lain mungkin begini, begini, begini, begini dan begini walaupun tidak dipaparkan satu-persatu semuanya. Tak perlu. Kalau nak papar semua, kenalah buat siri TV macam Idaman atau Oshin (ingat lagi Oshin?).
‘Sepet’ juga turut memaparkan satu unsur secara terus-menerus (nanti lihat sendiri okay?) dalam hampir setiap babak yang menggambarkan apakah akhirnya, mengingatkan aku kepada references dalam filem Magnolia yang merujuk kepada 8 dan 2, membawa kepada hujan katak sebagai endingnya seperti maksud dalam petikan dari Exodus 8:2 : And if thou refuse to let them go, behold, I will smite all thy borders with frogs. Oh, tidaklah sekompleks itu dalam ‘Sepet’ tetapi ia tetap sesuatu yang unik dan (sekali lagi) tidak lazim dalam filem-filem tempatan.
Berdasarkan komen-komen mereka yang menonton 'Rabun' keseluruhannya (aku sempat tonton sedikit sahaja, not enough to form a fair opinion), filem tersebut yang sarat dengan shot dan gaya penceritaan eksperimental oleh Yasmin serta tiada pelakon komersial sedikit sukar untuk diterima oleh penonton biasa. Kali ini ‘Sepet’ dengan Ida Nerina, Harith Iskandar dan Adibah Noor sebagai nama-nama yang telah dikenali, Orked dan Jason yang comel sebagai eye-candy serta jalan cerita yang agak lurus aku kira mungkin boleh menjadi filem yang mampu untuk merapatkan jurang antara penonton umum (komersial!!) dan pencinta filem yang mahukan sesuatu yang lain. Utopia? Tidaklah. Falsafah aku, beri sedikit ruang untuk give and take, banyak yang akan menjadi lebih mesra.
----
Update :
1) SePet akhirnya menemui penonton di pawagam Malaysia mulai 24 Februari 2005, dengan lapan potongan (tak sampai 2 minit pun dan tidak menjejaskan jalan cerita) oleh LPF.
2) Aku salah, Ng Choo Seong sebenarnya telah berusia 32 tahun. Tetapi, isk, cuba korang tengok, memang ada rupa 19 tahun kan!