Wednesday, February 28, 2007

'Scoop' Mukhsin Press Preview

(mode : read a la gossip column in local papers kay)

----------------------------------------------

[Dialog di atas adalah rekaan semata-mata, tiada dalam filem sebenar]

Semalam (27 Februari 2007) di panggung 12, GSC Midvalley telah diadakan tayangan pratonton filem Mukhsin kepada pihak media, rakan-rakan produksi, penaja dan beberapa pihak lain.

Yasmin Ahmad dalam ucapan beliau sebelum tayangan mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan berganda Mukhsin (anugerah Grand Prix kategori juri profesional dan anugerah Special Mention kategori juri kanak-kanak) dalam festival filem antarabangsa Berlinale baru-baru ini serta terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyokong filem-filem beliau dari mula.

Jika dulu filem Sepet hanya ada sepuluh salinan untuk diputarkan jadi jumlah pawagam yg dapat menayangkannya adalah sangat terhad serta tempoh masa singkat untuk memberi peluang tayangan kepada pawagam lain pula, bagi Mukhsin beliau memaklumkan dengan gembiranya terdapat TIGA PULUH salinan, bermakna lebih banyak pawagam dapat menayangkan filem ini pada satu-satu sama, "which is a luxury", ujar beliau dgn penuh rendah diri.

Antara yang menarik lagi adalah apabila beliau menyatakan 'dewan pawagam ini dipenuhi oleh kawan-kawan dan orang-orang yang memang menyukai saya, kecuali dua orang'.

Mahukah anda tahu siapa dua orang yang dimaksudkan itu?

Jeng jeng jeng.... mereka adalah pengarah/penerbit filem tempatan iaitu Puan Raja Azmi dan Encik David Teoh. Memang tak sangka. Well, begitulah sepatutnya dalam industri filem tempatan yang tidak seberapa saiznya ini... pusing-pusing orang itu juga kan, hari ini kawan bertepuk tampar cium-cium pipi silap-silap esok jadi musuh, hari ini bertikam lidah esok-lusa mungkin duduk makan semeja. Tak ada salahnya untuk memberi sokongan moral hasil usaha orang lain walaupun mungkin kita tak setuju dengan idea-idea mereka atau mempunyai pendapat yang saling berbeza.

Bagaimanapun kedua-dua mereka meninggalkan dewan tayangan sejurus tamat filem Mukhsin, jadi Miss Ted tak sempat nak tanya pendapat mereka tentang buah tangan terbaru Yasmin Ahmad ini.

Mukhsin mungkin tiada CGI, tiada aksi letup lompat bot, jetski atau kereta kebal, tiada perlanggaran pile-up lapanbelas buah kenderaan, tiada siapa mandi berkemban, tiada rambut yang basah dan tiada dengusan nafas berahi (aksi 'terganas' dalam Mukhsin adalah lagak samseng seorang budak yg memukul seseorang dgn kayu di kepala, aksi 'terpanas' adalah si Mukhsin dengan teragak-agak menepuk tangan Orked yang sedang kesedihan). But for me (the second time around watching Mukhsin, dulu on small projector screen and now on big screen) - it just gets better. Tontonlah dengan penuh rasa. RASA. 'Rasa'nya sahaja sudah cukup untuk memenuhkan ruang deria anda bagi kepuasan menonton filem ini.

Jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton tayangan Mukhsin di pawagam berdekatan mulai 8 Mac 2007 nanti.


P.S - Yasmin pesan jangan lupa memerhatikan lukisan dan tulisan berbahasa Cina di papan hitam dalam babak-babak di bilik Orked. Miss Ted harap kawan-kawan yang memahami tulisan tersebut boleh menerangkan maksudnya. Sayang, Miss Ted belajar bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Arab saja masa di sekolah dulu.

-----------------------------------------------


Previous post : Mukhsin mini review

No comments: