Wednesday, March 01, 2006

tiga ratus kilometer


Serius malasnya aku nak menempuh lebuhraya 300km semata-mata untuk satu mesyuarat saja. Tapi dah kerja, kena lah jugak. Takkan nak makan gaji buta. Looking at it, hey, I'm being paid to travel!

Cuma yang terkilannya arahan diterima last minute, jadi terlepas site visit yang merupakan program hari pertama. Kali ini lima projek sekaligus, semuanya kampung-kampung Orang Asli. Best lawat kampung-kampung Orang Asli sebenarnya tau. Cubalah sekali-sekala kalau tak percaya ;)

Trivia :
1. Antara kegemaran masa lapang Orang Asli adalah berkaraoke.
2. Pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (dikenali sebagai orang 'Jabatan') sangat dihormati di kalangan Orang Asli. Kalau ada perkara yang memerlukan kau ke kampung mereka, berhubunglah dulu dengan orang Jabatan, jangan main suka-suka je masuk kampung orang.
3. Ibu pejabat JHEOA terletak di Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang. Alah, dekat dgn Pusat Pelancongan malaysia (MTC) dan Restoran Saloma.

No comments: