Thursday, March 09, 2006

Kenderaan

Dia #1 : Bos yang memang besar. Pangkat, maksud aku. Bukan badannya.
Dia #2 : Bos sedikit besar (bawah sikit dari Dia #1).

Mesyuarat di luar pejabat. Mereka tiba dulu.

------------
Dia #1 : Awak datang naik apa?

Aku : Saya drive terus dari rumah, puan. Rumah saya dekat aje dari sini.

Dia #1 : Kita tumpang dialah balik office, tak perlu suruh driver datang balik.

Aku : Boleh, saya tak ada masalah.

Dia #2 : Tapi, kereta dia kecik.

------------

Baru aku tau rupa-rupanya, ada yang kalau dah biasa naik Merkades, tak betah lagi naik Satria.

Eh, sampai jugak, apa.

.
.
.
.
.
.
.
.

Harapnya kita tidak lupa bahawa untuk perjalanan terakhir kita di muka bumi ini, kita akan diusung dengan model kenderaan yang sama, Insya Allah.


"Sikit lagi siap la ni, kalau sapa nak order model terbaru
boleh call pakcik Osman di talian 04-7722395 ya"
[Sumber foto]

No comments: