Sunday, December 21, 2008

gallivanting

Fadz kata dia nak berenti menulis setelah kerampokan laptopnya. Ala!!!

Aku harap ia hanyalah proses berkabung sahaja dan dia akan terus menulis. Dan walaupun aku dah berjanji ikrar nak tulis review aku tentang Selamat Pagi Cinta, masih belum ditunaikan.

Semalam ke PC Fair di JB. Tak rancang nak pegi pun, tapi alang-alang dah sebelah hotel ni aje, apa lagi. Why not. Hoh, atom PCs are SO in right now. Am so tempted to get one. No, scrap that. WILL be getting one, just haven't decided which one yet. Most probably the BenQ Joybook Lite. 160GB internal HDD itu penting di samping rupa komestik yang menawan dan faktor coolnessorang-lain-kat-ofis-belum-pakai-yang-itu. PC Acer tu dah ramai sangat yg guna. Anyways as starters, beli pendrive 8GB dulu haha.

Melihat haiwan liar di habitatnya dengan menaiki tram di waktu malam sungguh menyeronokkan. Diselang-seli gurauan nak menolak rakan sekongkol ke luar - "Tiger's place or lion's den, take your pick!". Dalam hati kekaguman yang amat terhadap ciptaan Tuhan. Indah dan takjub. Pertama kali menyaksikan Hyena berbelang dan makhluk sebenar yang disensasikan sebagai Anubis. Tapir memakan daun dua meter dari tram kami.

Hari ini masih diisytihar hari untuk bermalasan. Kem gembira dapat tidur dengan cukup malam tadi. Mungkin aku tak berdengkur sangat haha kali ni. One of these days must try that nose-strip that Eizlan Yusof is peddling on TV.

Cumanya Puteri Pacific JB ni kekurangan seterika sangat, aku rasa tak selayaknya dengan harga yang dibayar dan taraf bilik yang ada unlimited broadband connection dan complimntary mini bar. Boleh tak turun breakfast dgn tudung tak gosok?

No comments: