29 Mei adalah tarikh Hari Seniman. Rupanya. Oh. Tapi saya kurang pasti lah pengisian sebenar untuk Hari Seniman itu. Cuma yang pasti ia bukan membawa kepada hari cuti umum. Oh, dangkalnya, asal 'Hari' istimewa, nak cuti. Heh.
Jadi pada eve Hari Seniman, saya menonton pertunjukan pembukaan P. Ramlee The Musical di Istana Budaya. Tagline nya adalah, Love, Life, Inspiration.
Best ke?
Mestilah. Best, ok. Best best best. Sila pergi tengok, pergi, pergi.
Kalau berbanding dengan musim pertama dulu? Ya, mesti nak banding. Inilah bane apabila sesuatu produk adalah bukan yang pertama.
Banding dengan yang pertama, kali ini ditiadakan babak-babak sewaktu P. Ramlee kecil, sebaliknya diteruskan apabila beliau telahpun menjadi seniman (menyanyi di pentas fun fair, sudah seniman, kah?). Dan ada penambahan beberapa babak. Aku tiada masalah dengan itu.
Ey, ada masalah kah? Erm, sebenarnya tiada.
Cuma.
Disebabkan aku dah menonton yang pertama, aku rasa lebih menikam P. Ramlee lakonan Sean Ghazi berbanding Musly Ramlee (trivia : mula-mula aku sangka dia ini juga anak kandung atau anak angkat P. Ramlee, tapi sebenarnya tak ada kaitan keluarga langsung, kebetulan saja nama bapa beliau Ramli, dan ejaan Ramlee itu digunakan 'for career purposes' katanya. ). Somehow aku rasa, apabila Musly me-P.Ramlee-kan dirinya, ia lebih kepada impersonation, tetapi bukan menjiwai..masih kurang. Tak dinafikan lagak gaya beliau, nyanyian lebih, mmg sangat-sangat mirip the real McCoy, tapi, apabila aku tonton teater, aku mahu.. jiwa. Soul. Aku rasa Sean Ghazi lebih dalam soulnya apabila beliau menjadi P. Ramlee.
Azizah - Siti Nurhaliza vs Emilda Rosmila.
Hey, Siti takleh pegang2. Sungguh terhad. Tapi menjadi aura Azizahnya. Emilda - boleh lentuk di bahu! Aura Azizahnya? Boleh lah...tapi sekali lagi somehow walaupun babak Azizah kali ini lebih panjang, lebih banyak dialog... tapi, masih...erm, ada kurang. Sorry, Adlin.
Melissa Saila sebagai Norizan - entrance beliau kali ini juga kurang menyengat berbanding musim dulu.
Lain-lain - okey okey lah. Babak favorite tetap babak P. Ramlee dan Saloma pertama kali menyatakan rasa cinta masing-masing. Pakaian - BETTER!!! Muzik sedikit bingit...mungkin sebab malam pertama. Saya harap semua maaslah teknikal dapat diselesaikan dalam persembahan selanjutnya.
Tapi apa pun, saya tak rasa rugi menontonnya.
-----------------------------
Al-Fatihah untuk Tan Sri P. Ramlee.
No comments:
Post a Comment