----------------------------------------------------------------------------
"Bernafsu betul aku tengok si Karisma tu..."- Izi Yahya as Asrul, QKQI
----------------------------------------------------------------------------
Awas. Beberapa spoilers yang tidak mengancam jiwa di hadapan.
'Tarikan Nafsu'
Acara Pratonton
Acara dimulakan jam 3 petang, agak tersasar dari dijadualkan di jemputan iaitu jam 2.15 petang, barangkali ada tetamu penting yang tidak dapat mencari ruang letak kereta di Midvalley ataupun hal-hal lain yang tak dapat dielakkan (biasalah, kalau ada acara pratonton filem yang mula pada masanya, aku akan bagi anugerah khas kepada produksi filem itu). Menarik sekali apabila majlis-majlis pratonton dimulakan dengan bacaan doa, yang antara lain isinya secara literal memohon agar penonton dapat menangkap apa mesej yang ingin disampaikan oleh filem ini serta ia akan mendapat sambutan. Sekali lagi Ally Iskandar menjadi emcee (di pratonton filem Cinta juga dia).
En. Mansor
Aku sempat berkenalan dan berbual dengan En. Mansor serta rakannya dari Creative Enterprise. Menurut En. Mansor beliau dah lima tahun tak menonton filem tempatan di pawagam kerana tidak puas hati dengan apa yang ditayangkan. Aku cuba yakinkan beliau bahawa lanskap filem tempatan kini sudah berubah lebih baik, sambil mengharap QKQI akan dapat menyokong pernyataan aku itu.
Yang Menjadi
Permulaan dengan kelahiran yang menggembirakan, diakhiri dengan kematian yang tragis. Cantik dari segi perjalanan filem di samping warna-warna yang cantik di mata dalam penggambaran filem ini (hey, berani kau kata Rusdi Ramli tak cantik pakai baju kurung warna oren?).
QKQI menjadi saksi hasil assignment selepas kajian bahawa antara formula-formula filem tempatan yang laku adalah elemen komedi (banyak kelucuan yang membuatkan satu panggung ketawa), melodrama (penonton sebelah aku siap menangis tersedu-sedan. Tapi Kursus Ted 101 : Kelebihan 'cheese' akan membuatkan Ted berkata "buwerk!" But this is personal preference.) dan cinta-kasih-sayang-pengorbanan. Secara berasingan, elemen-elemen itu agak berjaya. Muzik mendayu oleh Mohram melengkapkan resepi kajian ini.
Pelakon-pelakon seperti Rusdi Ramli, Erra Fazira dan Maimon Mutalib pula membuktikan bahawa harga pengalaman adalah mahal dan berbaloi. Special mention untuk Hans Isaac waktu aksi tarian lagu Bollywoodnya, you rock-lah bro.
Selain itu filem ini ada CGI! Dan CGInya juga sangat menjadi, sungguh real sampai tak perasan.
'Kecelaruan Genre'?
Ok, mari kita beranalogi:-
Itulah yang aku rasa dan mengapa aku nyatakan di atas 'secara berasingan'. QKQI dimulakan dengan cuitan-cuitan lelucon dan sedikit slapstick yang pada aku secara dasar tak ada salahnya. Seluruh panggung bergelak ketawa di saat Qabil Khushry (Hans) dan Qabil Igam (Rusdi) dilahirkan, di saat Karisma (Erra) kentut sembunyi-sembunyi dalam air dan waktu Rani (Ziana) tergedik-gedik memikat Khushry. Cuma aku agak rimas melihat rupa-rupa pelakon 30-an cuba meremajakan diri mereka, dari segi fizikal pun rimas (terutama yang lelaki), dari segi lakonan yang kadangkala over pun rimas. Aku rasa akan lebih meyakinkan jika diambil pelakon muda lain untuk watak-watak remaja ini.
Fast forward ke separuh kedua filem.
Elemen tragedi diperkenalkan. Uhh.. memang tragis, dan kesedihan-kesedihan mula bertimpa-timpa. Tapi tunggu! Tadi gelak hahahahaha. Sekarang kena sedih. Serius. Drama. Eh kelakar balik? Eh nak rasa sedih ke kelakar? Eh? Eh?
Faktor ini amat mengganggu aku di separuh kedua filem hinggakan ke tahap aku secara fizikal 'menggelupur' menunggu filem ini selesai. Pada pendapat aku seorang pengarah harus lebih teliti jika ingin membaurkan elemen-elemen yang bertentangan. Emosi penonton seakan 'dicuri ayam' apabila mood filem telah berubah, masih ada saki-baki lawak yang tidak habis. Aku fikir QKQI akan lebih padu dalam tambatan emosi jika selepas titik perubahan komedi-ke-tragedi, selitan-selitan dialog / babak lucu ditiadakan langsung jika formula bagi tahap komedi yang dipaparkan selepas titik perubahan dikhuatiri melebihi skala yang sepatutnya. Baru nak cuba ambik feel rasa sedih, sekali zassss dia bagi lawak - 'potong stim' kata orang. Kemudian diselitkan pula babak ala-ala iklan khidmat masyarakat yang seperti disuap-suap (rujuk Kursus Ted 101 : Ted pantang di'shovel' dengan idealisme apa sekalipun secara kaedah buku teks apabila menonton filem). Aku kira isu kecelaruan genre inilah yang menjadi the main falling disgrace bagi QKQI, di mana jika tidak mungkin aku masih dapat merasa lebih puas menontonnya.
Apabila Pengarah Iklan, Penulis Telemovie ke Layar Lebar
Aku mudah excited apabila ada pembikin hasil seni 'melompat' kelasnya (walau masih tak tukar major, tukar major adalah apabila dari penyanyi jadi penulis buku), lebih-lebih lagi jika dalam kelas lamanya beliau menghasilkan karya-karya yang bagus dan mendapat perhatian ramai. Walaupun aku tak pernah mendengar nama En Zaili Sulan, aku yakin pasti beliau ada 'sesuatu' di 'kelas lamanya' (iklan komersil dan video muzik) - menjadi pengarah bagi anugerah Muzik Video Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2002 pasti 'sesuatu' kan. Dan 'sesuatu' inilah yang aku harapkan. Tapi aku hampa kerana 'sesuatu' itu masih belum dapat diterjemahkan dengan berjaya dalam pembikinan QKQI. Ada ketikanya juga aku terasa seperti mengadap latihan praktikal kursus Camerawork 203 : Multiple styles in film-shooting - celah-celah objek, zoom dekat, POV atas, POV bawah, seakan ada yang tak kena.
Bagaimanapun dialog-dialog garapan Azlina Pa'Wan konsisten dengan hasil beliau sebelum ini walaupun ada babak seperti mengingatkan kita kepada telemovie-telemovie bahagian akhir kisah-kisah anak derhaka di mana emak merajuk dan menangis di dalam hujan. Mungkin kerana jika nak dibandingkan tempoh tayangan telemovie dan filem tidak banyak bezanya serta antara telemovie/filem itu sendiri adalah kategori 'lompat kelas', bukanlah perubahan major maka penulis yang baik akan dapat merasa selesa menyelesaikan assignment ini. Cuma pembauran komedi-drama itu, kerja siapa, aduh, aduh, aduh.
Nak Tengok Ke?
Jika kau tegar menyokong filem tempatan, pergilah.
Jika kau suka pelakon-pelakon utama filem ini, pergilah.
Jika kau suka Bollywood dan hiburan adalah agenda ultimate kau, pergilah.
Jangan termakan bulat-bulat ulasan-ulasan penulis-penulis berbayar atau tidak berbayar di media cetak mahupun media alternatif kerana at the end of the day, anda sendiri yang paling tahu untuk menentukan citarasa sendiri.
En Mansor Pulang
Sayang, En. Mansor pulang dengan menyuarakan rasa yang agak kecewa dan aku tak fikir dia akan kembali untuk menonton filem tempatan di pawagam dalam tempoh lima tahun lagi.
----------------
P.S. - Isu unsur Bollywood filem ini aku tak berapa sentuh kerana dah banyak ditulis oleh orang lain. Sila Google, kay.

Aku memenuhi undangan preview filem pertama terbitan Sonata Film ini setelah melihat nama penulis skrip Azlina Pa'Wan (antara rekod beliau adalah cereka tv Miftahul Jamilah dan drama bersiri Sephia di Samarenda) serta nama pengarah yang tak biasa aku dengar - Zaili Sulan - kerana aku pada ketika ini sangat-sangat suka melihat kelahiran penerbit dan pengarah-pengarah baru di persada perfileman tempatan. Dua perkara inilah yang membuatkan aku rasa sedikit bernafsu (haha) kerana jika sekadar berpandukan tajuk filem (iras sebuah filem Bollywood) dan poster (sangat mengingatkan kita dengan Maria Mariana, tsk), maaf, aku tak fikir aku akan senang-senang mengambil cuti setengah hari untuk melangkah ke panggung.
Acara Pratonton
Acara dimulakan jam 3 petang, agak tersasar dari dijadualkan di jemputan iaitu jam 2.15 petang, barangkali ada tetamu penting yang tidak dapat mencari ruang letak kereta di Midvalley ataupun hal-hal lain yang tak dapat dielakkan (biasalah, kalau ada acara pratonton filem yang mula pada masanya, aku akan bagi anugerah khas kepada produksi filem itu). Menarik sekali apabila majlis-majlis pratonton dimulakan dengan bacaan doa, yang antara lain isinya secara literal memohon agar penonton dapat menangkap apa mesej yang ingin disampaikan oleh filem ini serta ia akan mendapat sambutan. Sekali lagi Ally Iskandar menjadi emcee (di pratonton filem Cinta juga dia).
En. Mansor
Aku sempat berkenalan dan berbual dengan En. Mansor serta rakannya dari Creative Enterprise. Menurut En. Mansor beliau dah lima tahun tak menonton filem tempatan di pawagam kerana tidak puas hati dengan apa yang ditayangkan. Aku cuba yakinkan beliau bahawa lanskap filem tempatan kini sudah berubah lebih baik, sambil mengharap QKQI akan dapat menyokong pernyataan aku itu.
Yang Menjadi
Permulaan dengan kelahiran yang menggembirakan, diakhiri dengan kematian yang tragis. Cantik dari segi perjalanan filem di samping warna-warna yang cantik di mata dalam penggambaran filem ini (hey, berani kau kata Rusdi Ramli tak cantik pakai baju kurung warna oren?).
QKQI menjadi saksi hasil assignment selepas kajian bahawa antara formula-formula filem tempatan yang laku adalah elemen komedi (banyak kelucuan yang membuatkan satu panggung ketawa), melodrama (penonton sebelah aku siap menangis tersedu-sedan. Tapi Kursus Ted 101 : Kelebihan 'cheese' akan membuatkan Ted berkata "buwerk!" But this is personal preference.) dan cinta-kasih-sayang-pengorbanan. Secara berasingan, elemen-elemen itu agak berjaya. Muzik mendayu oleh Mohram melengkapkan resepi kajian ini.
Pelakon-pelakon seperti Rusdi Ramli, Erra Fazira dan Maimon Mutalib pula membuktikan bahawa harga pengalaman adalah mahal dan berbaloi. Special mention untuk Hans Isaac waktu aksi tarian lagu Bollywoodnya, you rock-lah bro.
Selain itu filem ini ada CGI! Dan CGInya juga sangat menjadi, sungguh real sampai tak perasan.
'Kecelaruan Genre'?
Ok, mari kita beranalogi:-
(aku guna analogi berasas makanan kerana aku sedang diet)Tetapi di sini premis logik tidak boleh dipakai jika cuba makan mi kari setengah pinggan, kemudian potong setengah cheesecake itu dan masukkan dalam mangkuk mi kari, gaul-gaul dan makan, dan akhir sekali baru habiskan setengah potong cheesecake yang masih berbaki. Macam mana rasanya? Berganda sedap kah kombinasi dua makanan yang sedap ini? Sendiri jawab haa.
1. Mi kari adalah makanan yang sedap.
2. Cheesecake juga adalah makanan yang sedap.
Itulah yang aku rasa dan mengapa aku nyatakan di atas 'secara berasingan'. QKQI dimulakan dengan cuitan-cuitan lelucon dan sedikit slapstick yang pada aku secara dasar tak ada salahnya. Seluruh panggung bergelak ketawa di saat Qabil Khushry (Hans) dan Qabil Igam (Rusdi) dilahirkan, di saat Karisma (Erra) kentut sembunyi-sembunyi dalam air dan waktu Rani (Ziana) tergedik-gedik memikat Khushry. Cuma aku agak rimas melihat rupa-rupa pelakon 30-an cuba meremajakan diri mereka, dari segi fizikal pun rimas (terutama yang lelaki), dari segi lakonan yang kadangkala over pun rimas. Aku rasa akan lebih meyakinkan jika diambil pelakon muda lain untuk watak-watak remaja ini.
Fast forward ke separuh kedua filem.
Elemen tragedi diperkenalkan. Uhh.. memang tragis, dan kesedihan-kesedihan mula bertimpa-timpa. Tapi tunggu! Tadi gelak hahahahaha. Sekarang kena sedih. Serius. Drama. Eh kelakar balik? Eh nak rasa sedih ke kelakar? Eh? Eh?
Faktor ini amat mengganggu aku di separuh kedua filem hinggakan ke tahap aku secara fizikal 'menggelupur' menunggu filem ini selesai. Pada pendapat aku seorang pengarah harus lebih teliti jika ingin membaurkan elemen-elemen yang bertentangan. Emosi penonton seakan 'dicuri ayam' apabila mood filem telah berubah, masih ada saki-baki lawak yang tidak habis. Aku fikir QKQI akan lebih padu dalam tambatan emosi jika selepas titik perubahan komedi-ke-tragedi, selitan-selitan dialog / babak lucu ditiadakan langsung jika formula bagi tahap komedi yang dipaparkan selepas titik perubahan dikhuatiri melebihi skala yang sepatutnya. Baru nak cuba ambik feel rasa sedih, sekali zassss dia bagi lawak - 'potong stim' kata orang. Kemudian diselitkan pula babak ala-ala iklan khidmat masyarakat yang seperti disuap-suap (rujuk Kursus Ted 101 : Ted pantang di'shovel' dengan idealisme apa sekalipun secara kaedah buku teks apabila menonton filem). Aku kira isu kecelaruan genre inilah yang menjadi the main falling disgrace bagi QKQI, di mana jika tidak mungkin aku masih dapat merasa lebih puas menontonnya.
Apabila Pengarah Iklan, Penulis Telemovie ke Layar Lebar
Aku mudah excited apabila ada pembikin hasil seni 'melompat' kelasnya (walau masih tak tukar major, tukar major adalah apabila dari penyanyi jadi penulis buku), lebih-lebih lagi jika dalam kelas lamanya beliau menghasilkan karya-karya yang bagus dan mendapat perhatian ramai. Walaupun aku tak pernah mendengar nama En Zaili Sulan, aku yakin pasti beliau ada 'sesuatu' di 'kelas lamanya' (iklan komersil dan video muzik) - menjadi pengarah bagi anugerah Muzik Video Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2002 pasti 'sesuatu' kan. Dan 'sesuatu' inilah yang aku harapkan. Tapi aku hampa kerana 'sesuatu' itu masih belum dapat diterjemahkan dengan berjaya dalam pembikinan QKQI. Ada ketikanya juga aku terasa seperti mengadap latihan praktikal kursus Camerawork 203 : Multiple styles in film-shooting - celah-celah objek, zoom dekat, POV atas, POV bawah, seakan ada yang tak kena.
Bagaimanapun dialog-dialog garapan Azlina Pa'Wan konsisten dengan hasil beliau sebelum ini walaupun ada babak seperti mengingatkan kita kepada telemovie-telemovie bahagian akhir kisah-kisah anak derhaka di mana emak merajuk dan menangis di dalam hujan. Mungkin kerana jika nak dibandingkan tempoh tayangan telemovie dan filem tidak banyak bezanya serta antara telemovie/filem itu sendiri adalah kategori 'lompat kelas', bukanlah perubahan major maka penulis yang baik akan dapat merasa selesa menyelesaikan assignment ini. Cuma pembauran komedi-drama itu, kerja siapa, aduh, aduh, aduh.
Nak Tengok Ke?
Jika kau tegar menyokong filem tempatan, pergilah.
Jika kau suka pelakon-pelakon utama filem ini, pergilah.
Jika kau suka Bollywood dan hiburan adalah agenda ultimate kau, pergilah.
Jangan termakan bulat-bulat ulasan-ulasan penulis-penulis berbayar atau tidak berbayar di media cetak mahupun media alternatif kerana at the end of the day, anda sendiri yang paling tahu untuk menentukan citarasa sendiri.
En Mansor Pulang
Sayang, En. Mansor pulang dengan menyuarakan rasa yang agak kecewa dan aku tak fikir dia akan kembali untuk menonton filem tempatan di pawagam dalam tempoh lima tahun lagi.
----------------
P.S. - Isu unsur Bollywood filem ini aku tak berapa sentuh kerana dah banyak ditulis oleh orang lain. Sila Google, kay.
No comments:
Post a Comment