Sunday, June 11, 2006

paradiso


Sambil menonton tayangan Kelab Wayang Gambar di Astro Ria (1. Zul Huzaimy macam comel dalam cerita ini, hah I wish we had a teacher or a club like that when I was at school; 2. Apa ada dengan kopi dalam cerita ini?), aku terkenang hari-hari lepas yang menyeronokkan.

Bermula dengan kejayaan hari Rabu membelikan laser pointer untuk Papito (berapa kedai aku masuk nak cari benda alah tu, tak senang nak jumpa rupanya), dinner di Rahsia bersama B, Datin S dan suami disambung dengan sesi karaoke (oh... it's THAT song); selesai buat pasport baru (no. ke-62 untuk hari berkenaan, jam 10 pagi dah siap), menonton X3 dan jumpa bebudak Tsc pada hari Khamis; dan akhirnya berjalan-jalan di Bukit Tinggi, meniup buih sabun di bangunan menara Colmar Tropical bersama Sister dan Mamita hari ini.

Aku tak sangka kami akan meniup buih sabun di tengah-tengah keramaian itu. Kami gelakkan dewasa-dewasa lain yang rasa terkongkong dengan inhibitions mereka, aku yakin mereka juga teringin sebenarnya, hahaha. Seronok mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak yang itu, dulu seingat aku botol sabun dan peniup dia warna merah tapi hari ini warnanya kuning. We perfected the art of blowing bubbles -

The trick :
1. Bubble wand should be about 4 inches from your mouth, not too near
2. Blow air as directly as you could into the wand circle. Pucker up as small as possible
3. But don't blow too hard, rather try to keep the 'blow duration' as long as possible

By the way, ada sesiapa mempunyai Cinema Paradiso yang boleh dipinjamkan?


Photo credit :"Blowing Bubbles"

No comments: