Sunday, June 29, 2008

as the gondola passes by

[Venice, June 08]


Meeting And Passing

As I went down the hill along the wall
There was a gate I had leaned at for the view
And had just turned from when I first saw you
As you came up the hill. We met. But all
We did that day was mingle great and small
Footprints in summer dust as if we drew
The figure of our being less that two
But more than one as yet. Your parasol
Pointed the decimal off with one deep thrust.
And all the time we talked you seemed to see
Something down there to smile at in the dust.
(Oh, it was without prejudice to me!)
Afterward I went past what you had passed
Before we met and you what I had passed.

by : Robert Frost

Monday, June 23, 2008

Saturday, June 21, 2008

cerita makan

1. Kokopelli dah nak pindah tempat next month. But just nearby. They'll inform u later if u leave ur name and phone number in their book. I did.

2. The Subway outlet has opened in Amcorp Mall, but I've yet to get a toasted sub from there. Been meaning to.

3. Blueberry cheesecake can be lunch. Really.

4. The sup tulang that you can get from the van-stall besides the Taman Jaya lake, is chock-full of Ajinomoto, according to someone. Patut la sedap haha.

Saturday, June 07, 2008

hari ini terusan mengalir tenang

- Buat apa? Research tak habis-habis?
+ Takde apa.
- Boing boing? Apa tu?
+ Interesting stuff. I'm bored. Bila Nevio nak datang ni?
- Dia kata lepas pukul 10. Lepas dah siap report semua.

Urgh. Menunggu langkah seterusnya itu sungguh bosan.


Nasib baik lepas tu Nevio belikan aku botol air Coke limited edition. Serta meyakinkan aku untuk dua kali memanjat tembok dan pagar untuk mendapatkan gambar yang menarik buat kenang-kenangan di bandar terusan itu. Klik. Jambatan. Klik. Tembok. Klik. Lukisan. Klik. Jambatan lagi. Klik. Gondola lalu. Klik. Bangunan tua. Klik. Burung-burung jinak hinggap di tangan. Klik. Alamak, bateri kamera habis!

Dan sebentar tadi kami ucapkan selamat kepada semua.

Selamat tinggal, Montecchio Maggiore.

Sunday, June 01, 2008

P. Ramlee The Muzikale adalah best

29 Mei adalah tarikh Hari Seniman. Rupanya. Oh. Tapi saya kurang pasti lah pengisian sebenar untuk Hari Seniman itu. Cuma yang pasti ia bukan membawa kepada hari cuti umum. Oh, dangkalnya, asal 'Hari' istimewa, nak cuti. Heh.


Jadi pada eve Hari Seniman, saya menonton pertunjukan pembukaan P. Ramlee The Musical di Istana Budaya. Tagline nya adalah, Love, Life, Inspiration.


Best ke?


Mestilah. Best, ok. Best best best. Sila pergi tengok, pergi, pergi.

Kalau berbanding dengan musim pertama dulu? Ya, mesti nak banding. Inilah bane apabila sesuatu produk adalah bukan yang pertama.


Banding dengan yang pertama, kali ini ditiadakan babak-babak sewaktu P. Ramlee kecil, sebaliknya diteruskan apabila beliau telahpun menjadi seniman (menyanyi di pentas fun fair, sudah seniman, kah?). Dan ada penambahan beberapa babak. Aku tiada masalah dengan itu.


Ey, ada masalah kah? Erm, sebenarnya tiada.


Cuma.


Disebabkan aku dah menonton yang pertama, aku rasa lebih menikam P. Ramlee lakonan Sean Ghazi berbanding Musly Ramlee (trivia : mula-mula aku sangka dia ini juga anak kandung atau anak angkat P. Ramlee, tapi sebenarnya tak ada kaitan keluarga langsung, kebetulan saja nama bapa beliau Ramli, dan ejaan Ramlee itu digunakan 'for career purposes' katanya. ). Somehow aku rasa, apabila Musly me-P.Ramlee-kan dirinya, ia lebih kepada impersonation, tetapi bukan menjiwai..masih kurang. Tak dinafikan lagak gaya beliau, nyanyian lebih, mmg sangat-sangat mirip the real McCoy, tapi, apabila aku tonton teater, aku mahu.. jiwa. Soul. Aku rasa Sean Ghazi lebih dalam soulnya apabila beliau menjadi P. Ramlee.



Azizah - Siti Nurhaliza vs Emilda Rosmila.



Hey, Siti takleh pegang2. Sungguh terhad. Tapi menjadi aura Azizahnya. Emilda - boleh lentuk di bahu! Aura Azizahnya? Boleh lah...tapi sekali lagi somehow walaupun babak Azizah kali ini lebih panjang, lebih banyak dialog... tapi, masih...erm, ada kurang. Sorry, Adlin.

Melissa Saila sebagai Norizan - entrance beliau kali ini juga kurang menyengat berbanding musim dulu.

Lain-lain - okey okey lah. Babak favorite tetap babak P. Ramlee dan Saloma pertama kali menyatakan rasa cinta masing-masing. Pakaian - BETTER!!! Muzik sedikit bingit...mungkin sebab malam pertama. Saya harap semua maaslah teknikal dapat diselesaikan dalam persembahan selanjutnya.

Tapi apa pun, saya tak rasa rugi menontonnya.



-----------------------------

Al-Fatihah untuk Tan Sri P. Ramlee.